Dos yang disarankan diambil oleh ibu hamil dan menyusu adalah sebanyak 1000mg sehari. Kalsium sangat penting ye waktu ini kerana kita memerlukan kalsium untuk menguatkan tulang dan mengelakkan terjadinya kereputan tulang (osteoporosis) di kemudian hari. Jangan lupa kesihatan sendiri walaupun anda begitu utamakan kesihatan anak. Sebabnya, sayangi diri sendiri, bila badan sihat, barulah boleh jaga anak dengan sempurna. Jadi mari kita lihat balik apa makanan harian yang boleh kita ambil untuk memastikan kita cukup kalsium harian.
Makanan Yang Tinggi Kalsium
- dadih, yogurt, susu
- keju
- soya
- bayam
- badam yang dibakar
Jadi selain
dari ambil makanan-makanan yang tinggi kalsium ini, jangan lupakan
vitamin antenal yang dibekalkan oleh klinik (biasanya diberi semasa
tempoh kehamilan). Sudah bersalin lagi lah perlu ambil kalsium untuk
teruskan khasiat semasa menyusu badan pula. Jangan ambil mudah sebab
nanti anak sihat tapi diri sendiri dan dalaman rosak tiada gunanya kan.
Bukan untuk kepentingan anak sahaja, tetapi hargai kesihatan diri untuk
suami dan keluarga tersayang.
Memilih Pil Kalsium
Bukan semua
pil kalsium adalah sama ye. Pertamanya pastikan kandungannya bukan
mengandungi kalsium semata. Mesti didatangkan bersama pasangannya iaitu
MAGNESIUM dan Vitamin D kerana ia membantu penyerapan kalsium yang lebih
baik. Jika tiada pasangannya ini maka agak sukar kalsium diserap oleh
badan.
Juga
pastikan jenis kalsium yang diambil. Ianya ada 2 iaitu kalsium sitrat
dan kalsium karbonat. Kalsium sitrat adalah jenis yang paling mudah
diserap badan. Manakala kalsium karbonat memerlukan asid perut untuk
bantu cernakannya. Maka bila perlukan asid perut, kita digalakkan
mengambilnya selepas makan.
Jadi ibu-ibu semua jika anda alami rasa kebas-kebas, cepat-cepat telan kalsium ye. jangan lupa bagi suami sekali:)
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan