Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan
yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat.
Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam
sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai
dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar..
Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi
(buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana
ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji
buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil
Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak
air dalam 7 biji oren tu?
Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat pengambilan air
mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Jumlah yang dicadangkan adalah sebanyak 3 liter air sehari.
Bagi yang dah biasa minum air masak dengan banyak, memang tiada masalah.
Tapi bagi yang tak biasa atau tak berapa suka nak minum air masak, 3
liter sehari mungkin menjadi sedikit masalah.
Ok, disini saya akan kongsikan sedikit tips bagaimana untuk pastikan anda mampu mencukupkan syarat 3 liter air masak sehari.
TIPS 1:
✔ Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
✔ Selepas
mandi, sembahyang Subuh dan settle apa yang patut, minum segelas air
masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
✔ Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 1liter sebelum lunch dan 1liter selepas lunch. Anda ada sekurang-kurangnya 5jam untuk habiskan 1liter sebelum lunch dan 1liter selepas lunch.
✔ Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml
✔ Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml
** Jika anda bekerja atau belajar atau mungkin suri rumah sekalipun,
anda boleh sediakan tumbler yang size 1liter ataupaun tumble yang
1.5liter.
TIPS 2:
✔ Minum
1-2 gelas air masak sebaik bangun tidur. Minum air masak dipagi hari
dapat membantu sistem pelawasan tubuh, menyegarkan dan menjadikan wajah
kelihatan berseri.
✔ Minum 1 gelas air masak satu jam sebelum tidur.
✔ Ambil supplemen/vitamin bersama 2 gelas air.
✔ Minum
1 gelas air setengah jam sebelum makan. Ia dapat membantu mengelakkan
makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin
menguruskan badan.
✔ Minum 1 gelas air selepas ke tandas.
✔ Minum 1-2 gelas air sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.
✔ Letakkan
sebotol air masak ditepi katil untuk memudahkan minum air apabila
terjaga di waktu malam, terutama bagi ibu-ibu yang menyusu.
✔ Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak or on journey. Jadi bila-bila masa saja boleh minum.
✔ Minum air masak apabila terasa lapar atau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.
✔ Sukat
pengambilan air secara detail. Kadang-kala kita rasa seperti sudah
minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.
✔ Alhamdulillah, jika anda ikut tips di atas, maka anda berjaya cukup kan minum air masak 3liter sehari.
Mudah kan? Itu tidak termasuk air masak yang kita minum masa makan
supplemen. Siapa yang rasa susah nak cukupkan 3 liter sehari, boleh cuba
tips yang di kongsikan ini ye.
Mula-mula mungkin tak biasa, tapi bila dah jadi rutin, semuanya rasa mudah. Sedar-sedar dah minum 3liter air masak ni sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan