Jumaat, 29 November 2013

Segalanya Tentang Vitamin C Shaklee

Apa yang best sangat tentang Vitamin C Shaklee ni?? Selain popular, banyak lagi manfaat lain..Anda tak kenal lagi tentang Vitamin C Shaklee??Jom saya bawakan anda sekilas fakta penting Vitamin C Shaklee..beza dari yang ada di pasaran..dan memang sangat-sangat berbeza..



  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

    Siapa perlukan vit c? - perokok, org yg mudah stress sebab stress akan memusnahkan vit c dlm badan, org yg makan pil perancang sebab pil perancang jugak akan serap vit c dan akibatnye vit c akan musnah cepat dlm badan, org yg nak cantik kulit atau yg ade masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vit c utk membina kolagen kulit yg sihat dan perbaiki tisu kulit, semua org yg inginkan kesihatan yg baik sebab vit c menyokong sistem imun dlm badan dan mengurangkan demam selsema yg berpanjangan..sebab tu dlm family wellness ade termasuk vitamin C antara vitamin yg perlu diambil utk semua org kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi keadaan.


    Antara pengalaman saya dan rakan-rakan dengan Vitamin C sustained release 500mg :

    pengalaman saya : resdung dan alahan saya semakin berkurangan dan Alhamdulillah dapat di control dengan sangat baik, selesema, demam yang semakin berkurangan  menunjukan peningkatan yang bagus utk antibodi saya.

    pengalaman Siti Sharina : Masa baby saya (2 bulan) dapat jangkitan demam campak besar. Sehari saya makan 2 biji (masa tu rasa nak makan 10 biji jerr so that demam dia cepat baik) alhamdullilah demam cepat surut infact dia tak high fever pun. Bekas campak cepat kering dan parut yang lubang2 tu pun Nampak dah beransur hilang.. dan satu lagi bila anak nak pergi cucuk 1st thing mama telan vitamin C 2 bij dulu.

    pengalaman Noor Syuhada : Masalah utama sejak dari kecil ialah penghadaman tak lancer, gusi berdarah setiap kali gosok gigi, sekarang dah takda lagi. Bila breastfeeding anak, dan anak terkena selesema, dengan pengambilan vitamin c, selesema anak sangat cepat kering dah pulih.

    Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)

Vitamin C Shaklee

Umum tahu kebaikan vitamin C, dan di sini saya ingin berkongsi banyak lagi kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita.
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Vitamin C Shaklee, adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.
Dapatkan vitamin C Shaklee sekarang!!

Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)

Nak Kulit Cantik?????

Amboi tajuk, memang semua orang inginkan kulit cantik kan???? Hehehe.. Tapi hakikatnya tidak semua orang memiliki kulit yang cantik.... itulah perbezaannya~~ kulit yang kusam, tak bermaya, berjerawat, jeragat... Hmm..macam-macam masalah lah..

Bermacam-macam jenis produk kecantikan di pasaran sekarang. Kesemuanya kosmetik untuk cantikkan kulit wajah la kan. Memanglah kulit tu jadi cerah, tapi masih rasa tak fresh. Macam ada sesuatu yg kurang. Hmm..tak lain tak bukan disebabkan oleh kehadiran toksin dlm badan. Tak pernah detoks, tu yang wajah tak fresh, kurang berseri2.

Didatangkan dengan gabungan Vit E, B-Complex dan Vit C yang memainkan peranan dalam memulihkan kesihatan dalaman tubuh. Penggunaan secara teratur dan berterusan membolehkan perubahan kelihatan dalam masa 1 minggu. Serius tak tipu :)
 Jom ramai2 pilih Shaklee. Ubah gaya hidup anda ke arah yang lebih baik.


FAST ACTION FAST RESULT!!!

Nak tahu lebih lanjut, jangan segan silu untuk hubungi saya bagi mendapatkan info lanjut :)

Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)

Lagi Testimoni Set Kurus Shaklee!!!!

Antara testimonial pengguna-pengguna yang berjaya menurunkan berat badan mereka seperti yang di inginkan. Baca tetsimonial diorang pun kita tau mereka puashati.... Saya happy kerana mereka happy!



 

ANDA BILA LAGI.................???
 Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)

Testimoni Set Slimming Budget Shaklee Alfalfa dan Lecithin

Nak kurus tapi kekurangan budget? 
Nak kurus tapi memikirkan selamat ke produk yang nak di ambil?
Nak kurus cuma tak pasti benar-benar berkesan atau tidak nanti?
Jangan risau dengan semua persoalan di atas. Shaklee ada Set Slimming Budget dapat turunkan berat badan dengan selamat. Apa yang lebih menarik, Set Slimming Budget ini boleh di ambil oleh ibu yang menyusukan anak. Ramai..ibu menyusu rungsing berat badan tak turun. So, inilah antara set budget yang mampu di miliki oleh anda yang ingin miliki bentuk badan menarik.
Antara Testimoni Pengguna:



Khamis, 28 November 2013

Lagi Kebaikan Collagen Powder Shaklee

Pengambilan Collagen Powder Shaklee secara berturut-turut selama 8 minggu akan memberikan hasil yang hebat dan menakjubkan. Apa tidaknya, kesan pengambilan selama satu hari akan memberikan rasa halus di tapak tangan dan ada yang telah mencuba selama tiga hari, kesan 'kawah' jerawat dimuka semakin cetek, kedalaman lubang bekas jerawat kian beransur pulih.
Shaklee RSS (red snapper scale @ sisik ikan merah) telah menjalani ujian klinikal dan telah terbukti mampu menghilangkan kedutan halus dan kasar juga membaiki tekstur kulit muka. Pengambilan Collagen Powder Shaklee selama 8 minggu akan menjadikan kulit menjadi lebih baik secara total atau menyeluruh. Hanya perlu 4 kotak untuk hasil yang menakjubkan. Bukan hanya kulit di sekitar muka yang menjadi lebih baik, malahan perubahan ketara akan dirasai pada seluruh badan.
Keberkesanan Collagen Powder Shaklee Terbukti dapat:

  • meningkatkan kelembapan kulit hingga 90%
  • mengurangkan kekasaran dan kekeringan hingga 75%
  • meningkatkan dalam penampilan keseluruhan hingga 71%
  • meningkatkan kelembutan dan kelicinan hingga 69%
  • meningkatkan pemakaian kekal mekap hingga 60%
  • meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti hingga 55%
  • meningkatkan keserian, tona dan warna kulit hingga 50%
  • mengurangkan garis halus dan kedutan hingga 18%
Shaklee RSS secara langsung akan memberikan kesan yang menakjubkan:
  • ANTI PENUAAN - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  • MENGHIDRAT - melembapkan kulit bagi mengurangi rasa keringdan berkupas pada muka
  • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • MELICINKAN - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • MENYUBUR - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  • MENCERAH - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • MENEGANG - membantu menegangkan dan menganjalkan payudara
dan Collagen Powder Shaklee membantu menyokong kesihatan sendi-sendi dan menguatkan tulang. Juga membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut. 
Siapa yang tak nak kekal awet muda kan? Atau tua sebelum usia. Dah dipanggil makcik, walhal umur kita baru nak masuk 30an, siapa tak terasa hati kan? Alangkah baiknya, jika kita berjalan-jalan dengan adik kita, kemudian orang tegur dan mengatakan kitalah yang adik. Wow pasti senyum meleret satu hati.

Tak salah menjaga kecantikan dan kesihatan diri, malahan amat dianjurkan di dalam Islam. Rasulullah juga sangat sukakan yang cantik. Allah juga lebih sukakan orang beriman yang kuat dari orang beriman yang lemah.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)

Ulasan Tentang Vivix Di Harian Metro



"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. 


Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkankebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”



p/s: Vivix tidak boleh diambil oleh kanak-kanak, wanita mengandung dan menyusukan anak.

Testimoni Vivix Shaklee



  

Lagi Testimoni;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)

1001 Khasiat Vivix

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Tersenarai di atas adalah kebaikan, khasiat dan manfaat Vivix. Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Penjelasannya;
  


Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.



Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.



Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

10 KEBAIKAN VIVIX!
1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan


Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh


Di Shaklee, satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di atas.


Di kala usia meningkat ini, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. TETAPI, anda hanya perlukan 1 SUDU TEH VIVIX sahaja sehari. Mudah sahaja kan.



Kandungan VIVIX adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.


 Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)

Mudah Hamil dengan GLA Complex Shaklee


Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?
GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.
Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

     Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?


GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.
Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur 


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)

ESP dan GLA - Untuk Kulit Cantik, Cerah, Parut Hilang, Licin dan Period Teratur

CANTIKNYA KULIT AWAK SEKARANG…. GUNA APA YE ? 

" dah sebulan amik GLA..nampak perubahan pada kulit, sebelum ni kulit muka saya gelap dan tidak sekata, muka saya juga ada banyak pimples scar, sekarang kulit muka saya dah nampak cerah, glowing dan licin, pimples dan kesannya juga dah hilang…sampai suami dan kawan2 saya tegur muka saya nampak lain sekarang..semakin cantik..heheheh…I feel very happy.. “Puan Jeyanthi

Inginkan KULIT SEMAKIN CANTIK, CERAH, GLOWING, LICIN, PARUT HILANG DAN PERIOD TERATUR ? Dapatkan Kombinasi Jimat Hebat Iaitu ESP dan GLA




Apakah fungsi GLA dan ESP ??
===============================


✔GLA COMPLEX


Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk
meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya
dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun kedalam sel dan tisu.

✿ Baiki rambut kering dan rambut gugur
✿ Seimbangkan hormon (atasi masalah jerawat)
✿ Kurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering
✿ Baiki bintik penuaan, tinea, kurap
✿ Cantikkan kulit wajah / glowing
✿ Tingkatkan sistem imun tubuh
✿ Memperlahankan proses penuaan

✿ Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri

✔ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)


Asid Amino di dalam ESP penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.


✿ Meransang pembentukan semula kulit dan otot
✿ Mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan
✿ Mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot
✿ Percepat sembuhan luka
✿ Mengurangkan kesan parut.
✿ Membekal tenaga dengan segera
✿ Meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga
✿ Mencegah migrain, imsomnia dan tekanan
✿ Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur
✿ Membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua


 Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)

Detox Secara Semulajadi



Tanda-tanda Toksin Berlebihan

Adakah anda mempunyai tanda-tanda berikut:
  • Sering letih dan lesu
  • Lemah daya tumpuan dan daya ingatan
  • Sering alami sembelit atau cirit-birit
  • Timbulnya jerawat dan bintik hitam
  • Berat badan naik
  • Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh
  • Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk
  • Cepat marah dan mudah murung
  • Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi
Simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat tinggi, dan untuk itu, anda digalakkan untuk melakukan proses DETOX. Selain daripada simpton-simpton di atas, saya juga sarankan kepada sesiapa sahaja yang baru mahu memulakan program pemakanan kesihatan bersama suplemen Shaklee atau mana-mana supplemen, pastikan anda DETOX terlebih dahulu supaya badan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa itu Detox dan Mengapa Detox Penting

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.
  • Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita. 
  • Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus). 
  • Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi. 
  • Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil
  • Usus besar boleh menyerap mineral dan air. 
  • Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil) 
Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik

Dari Manakah Datangnya Benda-benda Toksin Ini?

Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen.

Detox Secara Semulajadi dengan Herblax dan Alfafa : Shaklee

Sekarang ni memang banyak betul pilihan produk untuk detox ni. Kalau pergi Watson atau mana-mana kedai jual produk kecantikan, berderet-deret segala macam jenis produk dijual untuk detox, sedia duit jer:)

Namun, tahukah anda bahawa kita boleh menjalani detoks secara semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee!

Antara supplemen Shaklee yang disyorkan untuk detoks adalah Herblax dan Alfafa.


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)

Sembelit ~ tak bestnya!!!

Salam semua :)

Biasa kena sembelit?
sembelit ni biasanya bila berlaku apabila orang tu susah hendak membuang air besar. Masa membuang tu pulak, harus meneran dan menunggu masa untuk najis keluar! Memang menyeksakan....berpeluh peluh!

SEMBELIT itu gejala, bukan penyakit. Kena faham tu, tapi itu bukan alasan untuk kita meremehkan masalah ni. Lebih2 lagi kalau membuang just seminggu sekali...  Tapi bila dah susah sangat nak berak.. berdarah... jangan diam, jangan suka suka anggap tu buasir! Mungkin itu tanda KANSER USUS.... Kita tak nampak apa yang ada dalam perut kita!


tunggu buah tak jatuh
usus normal vs usus sembelit


Apa kata SHAKLEE dan Sembelit ni?!

Ok.. untuk membantu cerita sembelit ni... Ada beberapa supplement yang dicadangkan.

1. Herbalax    - DETOX

~ pembersihan najis yang tersekat
~ merangsang usus untuk percepatkan process pembersihan najis secara lembut kepada najis yang tersekat dan yang tersimpan lama dalam tubuh badan
~ membantu masalah sembelit
~ mengembalikan semula process semulajadi pergerakan usus
~ mengempiskan perut

2. Ostematrix - melembutkan najis

~ bagus untuk kebas kebas/cramp kaki tangan
~ masalah cramp perut [sengugut]
~ sangat baik untuk tulang yang kuat dan gigi yang sihat
~ bole boost susu badan jua untuk ibu ibu yang menyusu
~ mengurangkan risiko osteoporosis


3. Alfalfa - raja segala tumbuhan

# untuk Allergi (Resdung, alahan, asma dan ekzema)
# menggalakkan susu badan kaum ibu yang menyusu
# Membantu sistem pencernaan menjadi lebih lawas
# Melegakan sakit sendi dan belakang
# untuk pesakit gout
# untuk masalah mulut berbau/badan berbau
# Menghilangkan kelesuan dan tekanan
# Merawat masalah keputihan pada wanita/anjalkan kulit/payudara
# Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
# Meningkatkan stamina seorang suami



Selain dari bantuan dari makanan tambahan, pemakanan harian kita jugak memainkan peranan. Air sangat diperlukan badan, kalau kurang minum air, memang akan susah untuk buang air besar. Sakitnya.. lukanya.. pedihnya...  Tak nak kan mcm tu????

 Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)

Herb Lax Shaklee

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.




Kebaikan Herb Lax


  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 

  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen
Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan. Almaklumlah perut adalah rumah penyakit. Usus pula bolehlah dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tak dapatlah nak berumahtangga di sini.Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan suplemen pasti mengindahkan lagi rumah kita ini.



Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)



Tips Kurus Dengan Mudah Dan Selamat

Mari kita semua mengenal dulu bagaimana setiap supplement dalam membantu kita menguruskan badan.

Omega Guard - untuk memecahkan lemak jahat dan mengUPkan lemak-lemak baik di dalam tubuh badan. Omega juga memanaskan badan so kita memang terasa ingin minum air sahaja di mana AIR KOSONG sangatlah penting untuk percepatkan proses penurunan di samping segala racun, toksin akan dibuang dan ia akan bantu memudahkan serapan suplemen. Bila kita banyak ambil air masak maka secara automatik kita kurang rasa lapar.
Alfafa - ia adalah sejenis tumbuhan herba dan juga bersifat fiber di mana ia akan angkut segala lemak-lemak jahat melalui proses pembuangan air besar maknanya perut kita akan lawas. Tetapi bukan itu sahaja ia juga membantu kurangkan keputihan, mengurangkan gout, diabetis, cuci darah, meningkatkan kesihatan pencernaan dan juga buang angin-angin dalam badan. Tapi AWAS ye Alfafa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan bagi mereka yang punya masalah darah pekat kerana ia tinggi vitamin K. Perlu minum banyak AIR!!
Herba Lax - ia diambil seminggu sekali sahaja untuk proses detoks ataupun mudahnya untuk mengeluarkan segala  toksin dan racun di dalam badan. Pengambilannya adalah 4 biji sehari. Ambil air masak banyak juga ye kalau tidak perut anda akan memulas-mulas kesakitan. Tidak boleh makan hari-hari sebab nanti kita mengajar perut kita malas membuang dengan sendiri.
Air Masak  - pastikan pengambilan air kosong sebanyak 3 liter sehari untuk mengurangkan rasa lapar dan memastikan kesan tindak balas berlaku dengan sempurna.

Mari kite baca testimoni dari seorang pengguna SHAKLEE

"Minggu lepas saya terasa macam nak timbang berat badan. Sejak lepas bersalin saya agak kurang memberi perhatian pada berat badan sebab tak kisah kalau kuat makan sikit sebab sedang menyusukan anak. Dengan erti kata lain, agak gemuk jugaklah... :)) Tapi saya tak risau sebab nanti2 kuruslah... Biasanya begitulah...

Tapi minggu lepas baru saya perasan seluar jeans yang saya pakai tak ketat seperti sebelumnya. Ada terasa longgar di bahagian paha. Jadi lepas solat pada suatu hari, saya pun ambil penimbang tanpa ada sebarang rasa risau. Maklumlah.. Saya dah tau badan saya berat.. Tapi agak terkejut saya apabila saya dapati berat saya telah turun 6 kilo!! Saya ingat alat penimbang tu rosak. Tapi apabila saya suruh anak lelaki saya menggunakannya, saya pasti bahawa alat tu memang tak rosak. Sebaliknya memang saya dah ringan sikit!

Hatipun berbunga2....

Sebenarnya saya tak mengamalkan apa2 ubat kurus. Yang saya amalkan cuma supplemen Shaklee"

Bagi anda yang tidak mahu ada sebarang kesan sampingan yang datang daripada ubat pelangsingan, atau mahu menguruskan badan dengan kos yang lebih rendah berbanding pergi ke pusat2 pelangsingan yang tumbuh macam pisang goreng panas skrg, bolehlah mencuba supplemen Shaklee. 

Lecithin Shaklee Membantu Saya Kembali Langsing

ni lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..


Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln..selera makan membuak2..dan badan juga bagai dipam2..lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2..jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan..yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu...

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu..sebab saya sayangkan seluar tu..dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu..ceh..slim ke..haha..

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..
  1. Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
  2. Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
  3. Saya kurangkan fastfood. (No KFC, No Pizza)
  4. Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
  5. Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..
  6. Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..
  7. Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
  8. Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..
  9. Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
  10. Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)
Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat..jom saya sharekan info produk Shaklee yang boleh anda pilih untuk DIET..Ianya cuma saranan..terpulang pada anda dan juga bajet ye..tiada paksaan..sebab kalau tengok 10 perkara yang saya buat 2 je bantuan dari Supplement..yang 8 lagi silalah baca..hehe..

Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)

LECITHIN Memecahkan Lemak-Lemak Dalam Badan

TIDAK keterlaluan dikatakan bahawa selulit merupakan musuh utama bagi sebahagian wanita yang mementingkan penampilan diri. Kehadirannya menjadikan kulit di bahagian paha, pinggul serta perut merekah dan menggeleber. 

Masalah tersebut kerap dikaitkan dengan keturunan kerana jika ibu mempunyai selulit, kemungkinan besar anaknya akan juga mengalami perkara sama. Begitupun, umur yang meningkat dan tidak menjaga tubuh turut mengundang selulit. Semakin usia bertambah, lemak dan selulit akan berkumpul sehingga mencacatkan penampilan. 

Diet yang tidak dijaga seperti gemar mengambil alkohol, makanan berminyak dan berlemak, kafein dan gula, adalah antara penyebab timbulnya selulit. 

Ini diburukkan lagi jika seseorang itu kurang menjalani aktiviti mengeluarkan peluh seperti berjoging dan bersenam, serta kerap menghadapi tekanan. 

Ketidakseimbangan antara penyimpanan lemak dengan penggunaan semula bukan sahaja menambah selulit, tetapi menjadikan ia degil dan sukar dihilangkan. Malah, seseorang yang berjaya mengurangkan lemak serta menguruskan badan belum tentu dapat menghapuskan selulit. Ini kerana tubuh yang langsing bukan jaminan tiada lemak dan selulit.

Memang tiada jalan pintas bagi menghilangkan selulit, namun
ada pelbagai produk rawatan secara dalaman dan luaran yang ada di pasaran. 

Lecithin Shaklee dapat membantu memecahkan lemak-lemak dari bawah kulit. Pengambilan yang konsisten dapat membantu anda tampil langsing.

Selasa, 26 November 2013

Kebaikan Lecithin, Bukan Sekadar Kuruskan Badan!!!!


Sekarang ni Lecithin menjadi sebutan dalam hal ehwal menguruskan badan, menurunkan kadar kolesterol, memecahkan lemak, dan sebagainya.
Namun, tahukah anda fakta lanjut tentang Lecithin?

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran..
ikuti 13 kelebihan Lecithin yang saya petik dari artikel Kak Cery:
Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan .. contoh buat kek…yg basic tu mcm tepung gula telur..kalo dak..tak jadi kek tu..haa gitulah.Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans …dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin…dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean… i likeee…Dan tgh2 mlm ni saya nak share 13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu.,.
  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan
*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin..jadi kiralah sendiri yer brapa biji anda perlu mkn sehari.. :-)
Wow, menarik kan fakta tentang Lecithin ni.



Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)

Apa itu Arthritis - (Sakit Sendi)

Tahukan anda?????
Satu daripada lima orang di Malaysia 
akan mengidap penyakit arthritis.

Apa itu Arthritis?
Athritis adalah penyakit sendi yang juga dikenali sebagai penyakit radang sendi. Arthritis juga merupakan penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Pada usia 30 sehingga 50 tahun, seseorang itu akan lebih berisiko untuk mendapat penyakit ni, Wanita yang belum mengalami putus haid pula adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit Arthritis ini berbanding kaum lelaki.
Simptom-simptom sendi yang tidak sihat :

✓ Ketegangan
✓ Lenguh
✓ Bengkak
✓ Kesakitan
✓ Sendi berbunyi bila di gerakkan
 Jenis - jenis sendi yang tidak sihat
 1) Rheumatoid arthritis (RA) 
Keradangan berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkab bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir. Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA 
 2) Osteoarthritis (OA) 
Kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang gosok antara satu sama lain.
 3) Seliuh
 •Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. 
•Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak, sendi menjadi sakit dan bengkak.

4) Tendinitis
 •Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. 
•Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak, sendi menjadi sakit dan bengkak.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi. 
Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD kawasan PUTRAJAYA, bolehlah hubungi saya untuk temujanji...(^_*)