Kenapa saya makan Vitamin ni tak nampak kesannya?? Vitamin ni tak baguslah...
Salam.
Adakalanya kita sering menyalahkan sesuatu perkara oleh kerana kita
tidak tahu perkara yang sebetulnya.. Ada sesetengah individu yang
mengambil vitamin, tetapi tidak tahu cara memakan vitamin dengan betul.
Alhamdullilah, jika anda mendapatkan vitamin dari saya, saya akan menerangkan kepada anda
jadual dan tips makan vitamin dengan betul. Tak nak lah kita menyalahkan
produk Shaklee hanya kerana cara kita memakan vitamin yang tidak betul.
1. Energizing Soy Protien (ESP)
Diambil
pada waktu pagi sewaktu perut kosong. Ini kerana pada waktu pagi kadar
metabolisme kita tinggi berbanding pada waktu lain. Maka semua asid
amino dapat diserap dengan lebih berkesan. Bagi yang ingin berdiet,
boleh diambil antara waktu makan. Contohnya, antara waktu sarapan pagi
ke makan tengahari. Ini dapat mengelakkan kita daripada makan secara
berlebihan kerana ESP membantu kita rasa lebih kenyang.
2. Alfalfa
Jangan diambil
bersama dengan Vitamin E @ GLA. Vitamn E akan dihalang oleh Alfalfa dari
diserap dengan baik. Alfalfa adalah serat manakala Vitamin E adalah
Vitamin yang berfungsi baik jika ada lemak. Serat suka serap lemak.
3. Ostematrix (Kalsium)
Disarankan diambil sebelum tidur. Jangan diambil bersama iron (Vitalea / Multivitamin with iron Formula)
4. Sustained Release Vitamin C
Jika demam boleh diambil 2 biji sehari. Patahkan dahulu vitamin sebelum ditelan.
5. Vitalea
Jangan diambil dengan minuman bersusu atau
sumber kalsium lain seperti Ostematrix. Ini kerana Ostematrix akan
menganggu efisiensi penyerapan zat besi dalam Vitalea.
6. Vitamin Larut Lemak ( A, D, E & K)
Vitamin ini perlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Disarankan diambil selepas mengambil makanan berlemak atau berminyak.
7. Jangan diambil vitamin bersama minuman berkafein atau air
berkarbonat kerana akan mengurangkan kadar penyerapan supplement secara
efisiensi. Jika hendak minum juga, ambil setengah jam sebelum atau
selepas makan vitamin.
8. Jika anda travel dalam tempoh masa tertentu, jangan abaikan
pengambilan vitamin. Sediakan Travel Kit untuk penyimpanan vitamin anda
agar vitamin tetap di makan setiap hari walaupun kita travel. Travel Kit
ini biasanya di jual di farmasi dalam pelbagai bentuk dan corak
pilihan.
9. Yang paling UTAMA, pengambilan air perlulah mencukupi iaitu 2-3 Liter sehari. Jangan kurang. Pengambilan air yang kurang amat menganggu penyerapan vitamin, akhirnya anda tidak mendapat hasil dari vitamin yang di makan.
9. Yang paling UTAMA, pengambilan air perlulah mencukupi iaitu 2-3 Liter sehari. Jangan kurang. Pengambilan air yang kurang amat menganggu penyerapan vitamin, akhirnya anda tidak mendapat hasil dari vitamin yang di makan.
*Semoga tips yang saya kongsikan, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang masih samar-samar untuk memakan vitamin dengan betul....^_*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan