TIDAK keterlaluan
dikatakan bahawa selulit merupakan musuh utama bagi sebahagian wanita
yang mementingkan penampilan diri. Kehadirannya menjadikan kulit di
bahagian paha, pinggul serta perut merekah dan menggeleber.
Masalah tersebut
kerap dikaitkan dengan keturunan kerana jika ibu mempunyai selulit,
kemungkinan besar anaknya akan juga mengalami perkara sama. Begitupun,
umur yang meningkat dan tidak menjaga tubuh turut mengundang selulit.
Semakin usia bertambah, lemak dan selulit akan berkumpul sehingga
mencacatkan penampilan.
Diet yang tidak
dijaga seperti gemar mengambil alkohol, makanan berminyak dan berlemak,
kafein dan gula, adalah antara penyebab timbulnya selulit.
Ini diburukkan lagi
jika seseorang itu kurang menjalani aktiviti mengeluarkan peluh seperti
berjoging dan bersenam, serta kerap menghadapi tekanan.
Ketidakseimbangan
antara penyimpanan lemak dengan penggunaan semula bukan sahaja menambah
selulit, tetapi menjadikan ia degil dan sukar dihilangkan. Malah,
seseorang yang berjaya mengurangkan lemak serta menguruskan badan belum
tentu dapat menghapuskan selulit. Ini kerana tubuh yang langsing bukan
jaminan tiada lemak dan selulit.
Memang tiada jalan pintas bagi menghilangkan selulit, namun
ada pelbagai produk rawatan secara dalaman dan luaran yang ada di pasaran.
Lecithin Shaklee
dapat membantu memecahkan lemak-lemak dari bawah kulit. Pengambilan yang
konsisten dapat membantu anda tampil langsing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan